[Versi 3.0] Cara Kemaskini Pada Payroll Staf Dalam Website (Update/Edit Payroll)

Jika pihak HR/Admin ingin membuat kemaskini (update/edit) pada bahagian Payroll, hanya Payroll berstatus Preparing sahaja yang boleh dikemaskini (update/edit). Jika status Payroll adalah bukan berstatus Preparing, pihak HR/Admin boleh rujuk pihak MySyarikat untuk pihak MySyarikat bantu ubahkan status Payroll yang dikehendaki kepada Preparing


Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin


  1. Situasi = Payroll telah di generate, kemudian perubahan dibuat pada Employee Salary Table

  • Pihak HR/Admin telah generate Payroll terlebih dahulu
  • Kemudian, perubahan amaun dibuat pada Employee Salary Table staf
  • Perubahan amaun yang dibuat pada Employee Salary Table staf tersebut tidak akan diikuti pada Payroll yang telah di generate tersebut
  • Perubahan amaun yang dibuat pada Employee Salary Table staf tersebut akan diikuti pada Payroll baru yang telah di generate


  1. Solusi

  • Solusi 1: Untuk Payroll terkini, pihak HR/Admin boleh padam (delete) Payroll tersebut terlebih dahulu. Kemudian boleh generate Payroll baru. Kemudian, perubahan amaun yang dibuat pada Employee Salary Table akan diikuti pada Payroll baru yang telah di generate

Pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut untuk padam (delete) Payroll:


https://app.crisp.chat/website/0ee24a46-bbd5-47b9-8a3a-d4ca8cda724a/helpdesk/articles/en/c7a5ffdd-7569-4161-9785-a140f015b817/


Pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut untuk run/generate Payroll baru:


https://app.crisp.chat/website/0ee24a46-bbd5-47b9-8a3a-d4ca8cda724a/helpdesk/articles/en/4b449069-c02f-401b-8752-bcabd0e8c5e3/


  • Solusi 2: Pihak HR/Admin boleh buat pengiraan secara manual terlebih dahulu. Kemudian boleh masukkan amaun pengiraan manual tersebut ke dalam Payroll staf secara manual


Untuk kemaskini (update/edit) pada bahagian Payroll staf, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Payment

Langkah 2: Klik Salary Payroll

Langkah 3: Klik ikon mata pada payroll berstatus preparing


Langkah 4: Klik ikon pensil pada staf yang dikehendaki


Langkah 5: Pada ruangan Basic Salary, kemaskini amaun gaji basic staf


Langkah 6: Pada ruangan yang lain, masukkan atau kemaskini amaun pada bahagian lain (jika perlu)


Langkah 7: Klik Recalculate

Langkah 8: Klik Save Changes


Updated on: 17/03/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!