Articles on: [Bank File BM] Bank Payment

[Bank File BM] Cara Membuat Bayaran Gaji Pada CIMB BANK

Perhatian penting kepada "HR/Admin"Sila ambil perhatian bahawa MySyarikat tidak menyediakan kemudahan untuk membayar gaji secara terus ke akaun bank pekerja. Sebaliknya, sistem MySyarikat menyediakan "bank file" (fail bank) yang boleh dimuat naik oleh "HR" ke portal bank bagi proses "bulk payment" (pembayaran pukal).


Kami amat menghargai perhatian anda terhadap perkara ini dan menggalakkan anda menggunakan fungsi ini untuk kelancaran transaksi pembayaran.


Cara membuat pembayaran gaji melalui Portal CIMB Bank.


Log masuk ke portal MySyarikat anda


Langkah 1: Klik "Payment".
Langkah 2: Klik "Salary Payroll".
Langkah 3: Klik "Salary Payroll List". Paparan akan menunjukkan senarai lengkap rekod penggajian. Pilih tarikh gaji yang dikehendaki untuk transaksi "bulk payment".
Langkah 4: Klik "Points Icon" (Ikon Titik) untuk mengakses maklumat terperinci berkaitan gaji yang dipilih.



Untuk mendapatkan "Bankfile", "HR/Admin" perlu mendapatkannya di dalam sistem MySyarikat.


"HR/Admin" boleh merujuk kepada pautan tutorial berikut untuk mendapatkan "Bank File":


https://help.mysyarikat.com/en/article/versi-30-bank-file-pada-payroll-payroll-bank-file-dalam-sistem-mysyarikat-h9l5xf/


Langkah 5: Pada ruangan "Select Bank", pilih CIMB Bank.
Langkah 6: Klik "CIMB BizChannel" untuk memuat turun "bank file".



Nota Penting: Dilarang sama sekali membuat sebarang perubahan pada kandungan fail, kerana sebarang pengubahsuaian boleh menyebabkan kegagalan proses "bulk payment".


CIMB BIZCHANNEL


Seterusnya, Layari laman web CIMB BizChannel di https://www.cimb.com.my/en/business/digital-banking/bizchannel-cimb.html


Langkah 7: Klik "Login"



Langkah 8: Masukkan "Company ID".
Langkah 9: Masukkan "User ID".
Langkah 10: Klik "Next".



Langkah 11: Pergi ke "Bulk Payments".
Langkah 12: Pilih format fail yang dikehendaki seperti Autopay TXT kemudian tandakan pada bahagian Non-Encrypted dan klik "Choose File" untuk memuat naik fail dari Portal MySyarikat.
Langkah 12.1: Nyatakan akaun bank yang akan didebit (Pay From) untuk pembayaran.
Langkah 12.2: Klik Submit For Acceptance.



Langkah 13: Seterusnya, status fail yang dimuat naik adalah Awaiting Validation, yang biasanya mengambil masa antara 1 hingga 5 minit.
Langkah 14: Klik "Refresh".



  • Apabila diluluskan, status akan bertukar daripada Awaiting Validation kepada Pending Confirmation.


Langkah 15: Klik "Confirm".
Langkah 15.1: Klik pada Blue Link (Pautan Biru) untuk mengesahkan ketepatan data di dalam fail.



Langkah 16: Klik "Workflow List" di mana status bertukar daripada Pending Confirmation kepada Pending Approval.



Langkah 17: Klik "Close". Paparan akan menunjukkan status kelulusan pembayaran.



Langkah Terakhir: Sahkan dan beri kelulusan ("authorize") kepada transaksi "bulk payment" tersebut, bagi memastikan ketepatan dan pematuhan terhadap piawaian kawal selia. Selepas selesai, anda akan menerima pengesahan serta-merta bahawa transaksi "bulk payment" telah berjaya untuk rekod dan jejak audit anda.

Updated on: 10/07/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!