[Bank File BM] Cara Membuat Bayaran Gaji Pada AFFIN BANK
Perhatian penting kepada "HR/Admin":Sila ambil perhatian bahawa MySyarikat tidak menyediakan kemudahan untuk membayar gaji secara terus ke akaun bank pekerja. Sebaliknya, sistem MySyarikat menyediakan "bank file" (fail bank) yang boleh dimuat naik oleh "HR" ke portal bank bagi proses "bulk payment" (pembayaran pukal). Untuk mendapatkan "Bankfile", "HR/Admin" perlu mendapatkannya di dalam sistem MySyarikat. Dilarang sama sekali membuat sebarang perubahan pada kandungan fail, kerana sebarang pengubahsuaian boleh menyebabkan kegagalan proses "bulk payment".
Cara membuat pembayaran di Portal Affin Bank:
Layari laman web Affin Bank di https://www.affinalways.com/en/homepage
Langkah 1: Pilih pilihan "Product" yang berkenaan
Langkah 2: Pilih "File Format" yang dikehendaki untuk digunakan bagi muat naik fail
Langkah 3: Klik "Browse" untuk memilih fail pembayaran yang ingin dimuat naik
Langkah 4: Klik butang "Upload File(s)" untuk memuat naik fail yang dilampirkan ke dalam sistem
Langkah 5: Mesej Perakuan "Acknowledgement message" akan dipaparkan. Klik pautan "here" untuk melihat status muat naik fail

Langkah 6: Sistem akan menghala ke halaman "File Upload Status Inquiry"
Langkah 7: Sistem akan memaparkan status fail yang dimuat naik dalam bentuk pautan (hyperlink)

Updated on: 10/07/2026
Thank you!
