Articles on: [Bank File BM] Bank Payment

[Bank File BM] Cara Membuat Bayaran Gaji Pada AMBANK

Nota Penting Untuk "HR/Admin":Sila ambil perhatian bahawa sistem MySyarikat tidak mempunyai fungsi untuk membayar gaji secara terus ke akaun bank kakitangan. Sistem MySyarikat hanya menyediakan "Bank File" (Fail Bank) untuk dimuat naik oleh "HR/Admin" ke dalam portal bank bagi tujuan "bulk payment" (pembayaran pukal) sahaja.Format di dalam "bankfile" tidak boleh dikemas kini dengan sebarang maklumat tambahan, seperti ruang kosong dalam gambar di bawah. Anda dinasihatkan untuk memuat turun "bankfile" dan terus memuat naik fail tersebut ke dalam portal AmBank.



Untuk membuat pembayaran gaji melalui AmBank, anda boleh merujuk kepada langkah-langkah di bawah:


Langkah 1 : Pertama, log masuk ke https://biz.amaccess.com.my/



Langkah 2: Klik "Payroll"



Langkah 3: Klik "Make New Payroll"



Langkah 4: Klik "Choose File" untuk memuat naik "bank file"



Langkah 5: Masukkan maklumat pada ruangan "Transfer Reference", contohnya: Payroll Oct



Langkah 6: Masukkan "Transfer Details". Tandakan pada "Salary" sahaja



Langkah 7: Kemudian, klik "Next"



Langkah 8: Klik "Confirm"



Langkah 9: Semak butiran anda dan klik "Confirm"



Langkah 10: Kemudian klik "Confirm" sekali lagi



Langkah 11: Anda kini telah berjaya mencipta transaksi "payroll".



Langkah 12: Klik "Done" dan transaksi anda kini sedang dihantar untuk proses "authorisation" (kelulusan).


Updated on: 10/07/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!