Articles on: [Versi 3.0 BM] Payment - Salary Payroll

[Versi 3.0 BM] Panduan Penetapan Fungsi Potongan AWOL ("Absence Without Leave") pada Payroll

Panduan Penetapan Fungsi Potongan AWOL "(Absence Without Leave)" pada Payroll


Fungsi ini disediakan untuk membolehkan sistem membuat potongan gaji secara automatik bagi staff yang tidak hadir kerja tanpa merakam waktu masuk/keluar (status "Absent" tanpa clock in/out) di dalam "Payroll".


Bahagian 1: Langkah Penetapan Fungsi AWOL pada "System Setting"


Penetapan ini dilakukan sebelum proses "Generate Payroll" atau "Run Payment".


  • Langkah 1: Akses "System Setting": Di bar navigasi sebelah kiri bawah "Administration", klik pada "System Setting".
  • Langkah 2: Pilih Tetapan "Payment": Pada senarai "Setting", klik "Payment".
  • Langkah 3: Aktifkan Pengiraan "AWOL": Pada bahagian "Count Absence into Payroll?", klik butang "Enable" untuk membenarkan sistem mengira ketidakhadiran ke dalam penggajian.
  • Langkah 4: "Wage Calculation": Pilih asas pengiraan gaji yang terlibat (contoh: "Basic Salary").
  • Langkah 5: "Choose AWOL Cut-off Type": Pilih jenis tarikh tutup pengiraan (contoh: "Date").
  • Langkah 6: "AWOL Cut-off Date": Tetapkan tarikh tutup pemprosesan cuti tanpa gaji/"AWOL" (contoh: "31 of the Month").Sebarang ketidakhadiran selepas tarikh ini akan dimasukkan ke dalam kitaran penggajian bulan seterusnya.
  • Langkah 7: Klik butang "Save" di sudut bawah kanan untuk menyimpan perubahan.




Bahagian 2: Langkah Mengaktifkan Fungsi AWOL pada "Payroll"


Penetapan ini dilakukan semasa proses "Generate Payroll" atau "Run Payment".


  • Langkah 1: Tekan pada menu "Payment".
  • Langkah 2: Pilih sub-menu "Salary Payroll".
  • Langkah 3: Klik pada butang "+ Run Payment".



  • Langkah 4: Masukkan maklumat payroll yang ingin dijana pada ruangan "Payroll Information".
  • Langkah 5: Pada ruangan "Include Into Payroll" (atau Include into Payment), aktifkan suis pilihan "AWOL (Absent Without Leave)".
  • Langkah 6: Klik pada butang "Generate Payment".



Bahagian 2: Menyemak Status Pengaktifan AWOL


  • Langkah 7: Selepas payroll selesai di-generate, fungsi "AWOL (Absence Without Leave)" kini telah diaktifkan untuk sesi payroll tersebut.
  • Langkah 8: Untuk menyemak semula status komponen yang dimasukkan, klik pada ikon tanda seru (!) di bahagian "Payroll Information".



Langkah 9: Status pengaktifan fungsi "AWOL (Absence Without Leave)" akan dipaparkan dengan petunjuk butang hijau di bawah ruangan "Include in Payment".



Bahagian 3: Menyemak Perincian Potongan AWOL Kakitangan


  • Langkah 10: Untuk menyemak pengiraan "AWOL (Absence Without Leave)" pada payroll yang telah dijana, klik pada ikon Mata (View).



  • Langkah 11: Seterusnya, tekan pada tab "Payroll Details".
  • Langkah 12: Pilih salah seorang kakitangan yang ingin disemak (sebagai contoh: LISA AMBER).
  • Langkah 13: Klik pada ikon Pen ("Edit").



  • Langkah 14: Paparan butiran "AWOL (Absent Without Leave)" akan tertera di bawah ruangan "Deduction" pada payroll kakitangan tersebut.
  • Langkah 15: Untuk menyemak data ketidakhadiran bulan semasa yang diambil kira, klik pada ikon Gear di sebelah item AWOL tersebut.



Langkah 16: Sistem akan memaparkan ruangan pengiraan jumlah potongan serta "List Application" yang memperincikan maklumat "Date of absence", "Amount (RM)", dan "Total Days" kakitangan berstatus "Absent" pada bulan tersebut.


💡 Nota: Pengiraan ini adalah berdasarkan rekod kehadiran kakitangan yang tidak hadir (Absent) seperti yang didaftarkan di dalam "Attendance Timesheet Report".


Langkah 17: Klik butang "Close" setelah selesai membuat semakan.



Langkah 18: Sekiranya anda ingin melihat formula pengiraan spesifik yang digunakan untuk "AWOL (Absent Without Leave)", klik pada ikon Mata ("View").


Updated on: 12/08/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!