Articles on: [Versi 3.0 BM] MySyarikat Performance

[Versi 3.0 BM] Cara Penetapan Goals Dalam MySyarikat Performance

Memperkenalkan fungsi "Goals" (Objective Key Results) didalam sistem MySyarikat. "Goals" (Objective Key Results) adalah kerangka kerja yang digunakan untuk menetapkan matlamat (objektif) yang membantu syarikat mencapai hasil yang diinginkan. "Goals" memberikan fokus kepada setiap bahagian syarikat untuk mencapai matlamat yang spesifik dan Goals yang ditetapkan perlu bersesuaian dengan matlamat tersebut.



Nota penting:


  • Untuk penetapan "Goals" (Objective Key Results) didalam sistem MySyarikat ini, hanya boleh dilakukan melalui website MySyarikat sahaja
  • Semua pengguna diberikan akses kebahagian penetapan "Goals" (Objective Key Results) ini


Untuk penetapan "Goals" (Objective Key Results) didalam sistem MySyarikat, boleh rujuk langkah berikut:


Langkah 1: Login ke website Mysyarikat


Langkah 2: Klik simbol seperti yang ditunjukkan pada paparan dibawah



Langkah 3: Klik MySyarikat-KPI


Langkah 4: Klik "Goals"



Langkah 5: Untuk cipta matlamat boleh klik "Goal"




**Info: **Pada bahagian "Create New Goal" terdapat 3 proses yang perlu diisi bagi melengkapkan "Goal" tersebut iaitu:


  1. Goal Details
  2. Goal target
  3. Confirm Goal


Goals Details


Langkah 6: Klik pada bahagian "Goal Type". Pilih jenis "Goal Type" yang ingin dicipta



Langkah 7: Klik "Goal Owner"


Info: Nama individu yang mencipta matlamat "Goals"



Langkah 8: Masukkan "Goal Name"



Langkah 8: Masukkan "Description"



Langkah 9: Pilih "Goal Cycle"


Info: Terdapat 5 jenis "Goal Cycle" yang boleh dipilih


  1. Custom
  2. Monthly
  3. Quarterly
  4. Half-Yearly
  5. Yearly


Langkah 10: Aktifkan "Recurring Goals" kemudan Klik "Save & Continue"




Goal Target


Info:


  1. Measurement Unit - Unit Pengukuran ini adalah bertujuan untuk mengukur "Goal" berdasarkan nombor, matawang, peratus atau pilihan lain
  2. Baseline - Minimum target
  3. Target - Maximum target
  4. Goal weight - Keberatan "Goal"
  5. Key result - Komponen untuk "Goal" tersebut


Langkah 11: Klik "Measurement Unit" dan pilih.

Langkah 12: Masukkan "Baseline"

Langkah 13: Masukkan "Target"

Langkah 14: Pilih nama yang boleh kemaskini "progress"

Langkah 15: Pilih nama (Approval) bagi Goals (Who can update the progress) ruangan ini tidak akan muncul bagi Self Goal Type.

Langkah 16: Masukkan Goal Weight

Langkah 17: Masukkan "Key Result" jika perlu

Langkah 18: Klik Save & Continue


Pada Ruangan Add Key Result.


Apabila klik “Add Key Result”, anda perlu isi:


  1. Key Result Name – Nama hasil yang ingin dicapai
  2. Description – Penerangan KR
  3. Measurement Unit – Cara ukur (%, RM, number, dll)
  4. Baseline – Nilai permulaan
  5. Target – Sasaran akhir
  6. Weight – Peratus kepentingan KR (Remaining Weigth adalah berdasarkan jumlah "Goal Weight" yang dimasuk.
  7. Tekan pada "Submit" setelah selesai.



Paparan Key Result yang ditambah akan dipaparan seperti paparan dibawah:




Confirm Goal


Langkah 19: Klik "Save & Continue" sekiranya maklumat telah dimasukkan





Updated on: 13/05/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!