Articles on: [Versi 3.0 BM] Attendance - System Setting

[Versi 3.0] Cara Menetapkan/Kemaskini "Radius Location" Pada "Attendance Location" Dalam Laman Web MySyarikat (Update Attendance Location)

Memperkenalkan Fungsi Terbaru: Geofencing


Fungsi Geofencing dalam sistem MySyarikat membolehkan staf clock in & clock out mengikut radius lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak HR/Admin.


Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin


  • Fungsi penetapan Geofencing ini hanya terdapat dalam laman web versi 3 MySyarikat sahaja.
  • Semua staf wajib mengemaskini aplikasi MySyarikat kepada versi terbaru iaitu 2.2.0 ke atas terlebih dahulu.
  • Staf perlu memastikan mereka clock in & clock out dalam kawasan radius lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak HR/Admin.
  • Jika staf clock in atau clock out di luar kawasan radius lokasi yang telah ditetapkan, paparan berikut akan muncul dalam aplikasi MySyarikat:



  • Sebelum menetapkan fungsi Geofencing ini, pihak HR/Admin wajib mengaktifkan lokasi dalam pelayar yang digunakan. Sila rujuk pautan tutorial berikut:


https://docs.buddypunch.com/en/articles/919258-how-to-enable-location-services-for-chrome-safari-edge-and-android-ios-devices-gps-setting


Cara Menetapkan Radius Location Pada Ruangan Attendance Location Dalam Laman Web MySyarikat


  • Untuk menetapkan Radius Location pada ruangan Attendance Location, pihak HR/Admin boleh merujuk langkah-langkah berikut:


Langkah 1: Klik System Setting.
Langkah 2: Klik Attendance.
Langkah 3: Pada Attendance Location, klik + Location.



Langkah 4: Masukkan Name lokasi yang dikehendaki.
Langkah 5: Masukkan Location Address yang dikehendaki.



Nota: Pada ruangan Location Address ini, pihak HR/Admin perlu masukkan lokasi yang telah didaftarkan dan terdapat di dalam Google sahaja.


Langkah 6: Tentukan Radius (Meters) untuk "geofence".



  • Minima "radius" lokasi yang boleh disetkan adalah 50 meter daripada kawasan yang telah ditetapkan, dan maksima "radius" lokasi yang boleh disetkan adalah 500 meter. Sila rujuk paparan di bawah:


Tetapan disetkan pada radius 50 meter

Tetapan disetkan pada radius 500 meter


Langkah 7: Klik Save selepas selesai.



Nota: Radius Location yang disetkan akan dipaparkan pada Default Shift dan setiap shift yang ditetapkan dalam ruangan Attendance Location.



Cara Kemaskini Radius Location Pada Ruangan Attendance Location Dalam Laman Web MySyarikat


  • Untuk Kemaskini semula Radius Location pada ruangan Attendance Location, pihak HR/Admin boleh merujuk langkah-langkah berikut:


Langkah 1: Klik System Setting.
Langkah 2: Klik Attendance.
Langkah 3: Pada Attendance Location, pilih lokasi yang ingin dikemaskini, sebagai contoh Location 1, dan klik pada Details.
Langkah 4: Klik pada Update.



Langkah 4: Masukkan Name lokasi yang dikehendaki.
Langkah 5: Masukkan Location Address yang dikehendaki.



Nota: Pada ruangan Location Address ini, pihak HR/Admin perlu masukkan lokasi yang telah didaftarkan dan terdapat di dalam Google sahaja.


Langkah 6: Tentukan Radius (Meters) untuk "geofence".



  • Minima "radius" lokasi yang boleh disetkan adalah 50 meter daripada kawasan yang telah ditetapkan, dan maksima "radius" lokasi yang boleh disetkan adalah 500 meter. Sila rujuk paparan di bawah:


Tetapan disetkan pada radius 50 meter

Tetapan disetkan pada radius 500 meter


Langkah 7: Klik Save selepas selesai.


Updated on: 18/06/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!