Articles on: [Versi 3.0 BM] Attendance - System Setting

[Versi 3.0] Cara Menetapkan Shift (Setup/Create Shift) pada System Setting (Shift Manager)

Cara Menetapkan Shift dalam Shift Manager


Untuk menetapkan/mencipta Shift, HR/Admin boleh merujuk kepada langkah-langkah berikut:


Langkah 1: Klik System Settings
Langkah 2: Klik Attendance
Langkah 3: Pada Shift Manager, klik + Shift




Langkah 4: Taipkan maklumat berikut dalam ruangan Shift Information:


  • Nama Shift yang dikehendaki
  • Penerangan Shift yang dikehendaki (jika perlu)
  • Waktu Clock In & Clock Out yang dikehendaki




Langkah 5: Aktifkan butang dalam ruangan Shift Setting:


  • Enable employee clock in/out selfie
  • Enable early & late indicator (jika perlu)
  • Display attendance confirmation before submitting (jika perlu)



Nota: Sistem akan terus menghantar kehadiran selepas pekerja mengklik butang Clock In atau Clock Out sekiranya butang Enable employee clock in/out selfie dimatikan. Paparan Awal, Early, dan Looks Good tidak akan muncul jika butang Enable early & late indicator dimatikan. Sistem tidak akan memaparkan maklumat clock-in dan clock-out dalam aplikasi MySyarikat sekiranya pekerja mengklik Clock In atau Clock Out & menghantar Kehadiran selepas mematikan butang Display Attendance confirmation before submission.



Langkah 6:Penetapan hari bekerja sebagai full day, half day, atau off day dalam ruangan Workday Setting.



Nota: HR/Admin tidak boleh mengklik Save sekiranya hanya memilih satu hari sebagai full day, half day, atau off day. Sebagai contoh, anda boleh memilih Off Day sahaja pada hari-hari lain sekiranya shift yang dicipta hanya beroperasi pada separuh hari Sabtu.



Langkah 7: Jika shift tersebut mempunyai waktu rehat, dalam ruangan Break Setting, HR/Admin boleh mengaktifkan butang Enable Break Time.
Langkah 8: Klik "Save"


Updated on: 19/03/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!