Articles on: [Versi 3.0 BM] Company - System Setting

[Versi 3.0] Cara Menetapkan Butiran Syarikat dan Bank di Laman Web MySyarikat (Setup Company Details)

1. Bahagian ini penting untuk HR/Admin menetapkan maklumat syarikat bagi kegunaan sistem MySyarikat secara menyeluruh.


Setup Company Details:


  • Untuk setup bahagian Company Details, HR/Admin boleh merujuk kepada langkah-langkah berikut:


Langkah 1: Klik System Settings.
Langkah 2: Klik Company pada pilihan Setting.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang dikehendaki pada Company Details.
Langkah 4: Klik Save.



Setup Company Logo:


  • Untuk memasukkan logo syarikat, HR/Admin boleh merujuk kepada langkah-langkah berikut:


Langkah 1: Klik System Settings.
Langkah 2: Klik Company.
Langkah 3: Klik Browse pada Company Logo.



Langkah 4: Pilih gambar yang disimpan didalam storage desktop/laptop.
Langkah 5: klik Open.



Berikut adalah paparan Uploading dan Upload Complete


Peringatan: Logo Syarikat mesti dimuat naik dalam format PNG sahaja.


2. Setup pada Bahagian Bank Information & Other Account Details


Nota: Maklumat dalam bahagian ini perlu diisi oleh HR/Admin untuk membolehkan fail Payroll Bulk Payment bagi tujuan pembayaran gaji.


  • Untuk setup pada bahagian maklumat akaun bank syarikat, HR/Admin boleh merujuk kepada langkah-langkah berikut:


Langkah 1: Klik System Setting.
Langkah 2: Klik Company.
Langkah 3: Pada bahagian Bank & Other Account Details, isikan maklumat yang disenaraikan di bawah:


Bank Name: Pilih nama bank yang digunakan oleh syarikat untuk pembayaran gaji ke akaun bank staf.
Bank Account Number: Masukkan nombor akaun bank syarikat.
Corporate/Organization ID: Masukkan ID yang diingini.

  • Corporate/Organization ID merujuk kepada nombor ID 10 digit yang diberikan kepada syarikat oleh bank.

EPF Account Number: Masukkan nombor EPF syarikat.

  • EPF Account Number merujuk kepada nombor EPF majikan.

SOCSO Account Number: Masukkan nombor SOCSO syarikat.

  • SOCSO Account Number merujuk kepada nombor SOCSO majikan.

Income Tax No: Masukkan nombor cukai syarikat.

  • Income Tax Number merujuk kepada nombor cukai syarikat.

Employer No: Masukkan nombor majikan.

  • Employer Number merujuk kepada nombor yang diperoleh semasa pendaftaran sebagai majikan dengan LHDN, iaitu nombor 9 digit.

LHDN Branch: Masukkan cawangan LHDN yang diingini.

  • LHDN Branch merujuk kepada cawangan LHDN tempat majikan mendaftarkan akaun syarikat.

Originator ID: Masukkan ID yang diingini.

  • Originator ID merujuk kepada nombor ID 10 digit yang diberikan kepada syarikat oleh bank.

Zakat Number: Masukkan nombor zakat syarikat.

  • Masukkan nombor cukai syarikat yang diingini.

C-Number: Masukkan nombor cukai syarikat yang diingini.

  • C-Number merujuk kepada nombor cukai pendapatan syarikat.


Langkah 4: Klik Save.

Updated on: 17/03/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!