Articles on: [Versi 3.0 BM] Employee - Employee Details

[Versi 3.0] Cara Kemaskini Maklumat Dalam Contact Staf (Update Contact) Pada Website MySyarikat


  1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin


Nota 1:


  • Pada ruangan Phone Number & Mobile Number, pihak HR/Admin boleh sahaja letakkan nombor telefon yang sama untuk staf tersebut


  • Jika staf tersebut mempunyai 2 nombor telefon, nombor telefon pertama boleh letakkan pada ruangan Phone Number, manakala untuk nombor telefon kedua boleh letakkan pada ruangan Mobile Number


  • Jika staf tersebut mempunyai 1 nombor telefon sahaja, boleh masukkan nombor telefon pada ruangan Phone Number, manakala pada ruangan Mobile Number boleh letakkan simbol - atau 0 sahaja



Nota 2:


  • Pada ruangan Email boleh letakkan emel yang staf tersebut gunakan untuk login akaun MySyarikat sahaja. Pada ruangan Personal Email boleh letakkan emel peribadi staf tersebut sahaja


  • Jika staf tersebut mempunyai 2 emel, emel pertama boleh letakkan pada ruangan Email, manakala untuk emel kedua boleh letakkan pada ruangan Personal Email


  • Jika staf tersebut mempunyai 1 emel sahaja, boleh masukkan emel pada ruangan Email, manakala pada ruangan Personal Email boleh letakkan simbol - atau 0 sahaja



Nota 3:


  • Address adalah merujuk kepada alamat tempat tinggal staf tersebut, manakala Mailing Address adalah merujuk kepada alamat yang digunakan oleh staf tersebut untuk dapatkan dokumen seperti bil, surat daripada badan-badan tertentu & sebagainya


  • Pada ruangan Address & Mailing Address, pihak HR/Admin boleh sahaja letakkan alamat rumah yang staf tersebut menetap atau tinggal



  1. Cara Kemaskini Maklumat Dalam Contact Staf


  • Untuk mengemaskini maklumat staf pada bahagian Contact staf, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:


Langkah 1: Klik Employee
Langkah 2: Klik ikon mata pada nama staf yang dikehendaki



Langkah 3: Klik Employment
Langkah 4: Klik Update



Langkah 5: Masukkan atau kemaskini maklumat yang dikehendaki
Langkah 6: Klik Save


Updated on: 08/04/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!