[Versi 3.0] Pengiraan Kerja Lebih Masa Secara Automatik Dalam Payroll (Overtime Automatic In Payroll) (Attendance Overtime Setup)


  • Sistem MySyarikat akan membantu dalam mengira amaun Overtime Claim yang dipohon oleh pekerja dalam pemprosesan gaji. Pihak HR/Admin perlu tetapkan fungsi ini di System Setting > Payment > Overtime Setting


  • Sistem MySyarikat benarkan pihak HR/Admin untuk buat pilihan sama ada amaun Overtime Claim masuk ke dalam Payroll sahaja, Payment Voucher sahaja atau kedua-duanya sekali


  • Perlu diingatkan juga bahawa amaun gaji basic staf pada Employee Salary Table perlu disetkan juga. Jika amaun gaji basic tidak disetkan, permohon Overtime Claim akan menjadi RM0.00


  • Sebarang permohonan Overtime Claim akan terus dikira dalam payroll yang akan dimasukkan dalam bahagian Additional Item


  • Untuk Overtime Claim dalam Versi 2, terdapat 3 jenis pengiraan yang pihak HR/Admin boleh pilih.


Nota: From Application adalah mengikut Overtime Claim yang staf apply


Nota: By Policy adalah mengikut rate Overtime yang telah ditetapkan oleh pihak HR/Admin. Sistem akan paparkan semua rate Overtime Claim yang fixed & custom rate Overtime Claim yang pihak HR/Admin telah create pada System Setting > Claim > Overtime


Nota: Custom adalah pengiraan secara manual. Pihak HR/Admin boleh masukkan nilai Overtime Claim secara manual


  • Formula Pengiraan Overtime Dalam Sistem MySyarikat

Berikut adalah formula bagi pengiraan Overtime Claim dalam sistem MySyarikat:

  1. Dapatkan jumlah gaji per jam

Formula :


= Basic ATAU Gross Salary / 26 hari / Jumlah jam bekerja (8 atau 7.5 jam)


Nota: Amaun 26 hari boleh rujuk pada bahagian Overtime working days in month


Nota: Jumlah jam bekerja boleh rujuk pada bahagian Standard Working Hours


  1. Kira jumlah Overtime

Formula :


= Jumlah Gaji per Jam darab dengan Jumlah Jam Overtime darab dengan kadar Overtime (1.5, 2.0, 3.0, etc)


Nota :1.5 = Hari bekerja2.0 = Hari rehat3.0 = Cuti umum


  • Penetapan Overtime Claim

Untuk penetapan Overtime Claim, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik System Setting

Langkah 2: Klik Payment


Langkah 3: On kan button Count approved Overtime into Payroll


Langkah 4: Pada ruangan Wage Calculation, pihak HR/Admin boleh pilih Basic Salary atau Gross Salary


Nota 1: Jika pada ruangan Wage Calculation dipilih Basic Salary, sistem akan kirakan amaun Overtime mengikut gaji basic staf


Nota 2: Jika pada ruangan Wage Calculation dipilih Gross Salary, sistem akan kirakan amaun Overtime mengikut gaji kasar staf (Gaji Basic + semua elaun)


Langkah 5: Isikan maklumat pada bahagian Overtime Cut-off Date


Nota: Bahagian ini adalah yang paling penting. Pihak kami cadangkan pihak HR/Admin tetapkan Overtime Cut-off-Date berdasarkan payroll cycle syarikat. Sebarang penetapan yang tidak mematuhi penetapan ini akan diabaikan


Contoh:a) Jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll November, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 31/10/2023 hingga 30/11/2023


b) Untuk bulan yang mempunyai jumlah hari sebanyak 30 hari seperti September, jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll October, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 30/9/2023 hingga 30/10/2023

Langkah 6: Pada ruangan Compensation Rounded, pihak HR/Admin boleh pilih No Round, Round Up, Round Down


| Nota 1: No Round merujuk kepada nilai Overtime tidak akan dibundarkan. Contoh: nilai Overtime adalah RM5.45 tidak akan dibundarkan kepada nilai lain, akan kekal kepada RM5.45


Nota 2: Round Up merujuk kepada nilai Overtime akan dibundarkan kepada nilai atas. Contoh : nilai Overtime RM5.45 akan dibundarkan kepada RM5.50


Nota 3: Round Down merujuk kepada nilai Overtime akan dibundarkan ke bawah kepada nilai yang lebih rendah. Contoh: nilai Overtime RM5.45 akan dibundarkan kepada RM5.40


Langkah 7: Isikan maklumat pada ruangan Overtime working days in month

Langkah 8: Klik Save Changes


Langkah 9: Pada ruangan Standard Working Hour, masukkan amaun yang dikehendaki


  • Nota Tambahan untuk pihak HR/Admin

Untuk amaun Overtime masuk dalam payroll secara automatik:

  1. Staf perlu apply Overtime terlebih dahulu

  1. HR wajib approve kan Overtime tersebut mengikut cycle cut off date Overtime.

  • Untuk semak cut off date di dalam system setting boleh ikut langkah di bawah:

i. Klik System Setting

iii. Klik Payment

iii. Semak pada Overtime Setting

iv. Klik dan semak pada Overtime Cut-off Date


Contoh:

a) Jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll November, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 31/10/2023 hingga 30/11/2023

b) Untuk bulan yang mempunyai jumlah hari sebanyak 30 hari seperti September, jika amaun pada ruangan Overtime Cut-off Date dimasukkan 31 hari bulan, untuk payroll October, cycle cut off date yang akan masuk dalam payroll adalah dari 30/9/2023 hingga 30/10/2023

  1. Payroll di generate selepas semua Overtime di approve dalam cycle cut off date Overtime

Jika payroll di generate baru Overtime di apply & di approve, amaun Overtime tersebut tidak masuk dalam payroll

Amaun Overtime tersebut perlu dimasukkan secara manual dalam payroll


  • Cara Kemaskini Amaun Overtime Dalam Payroll Staf

Untuk kemaskini amaun Overtime Claim dalam payroll, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:


(insert link)

Updated on: 29/05/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!