Articles on: [Versi 3.0 BM] Overtime Claim - System Setting

[Versi 3.0] Penerangan Setiap Ruangan Dalam Kadar Lebih Masa Tersuai Pada System Setting (Custom Overtime Rate Explanation)

Penerangan Setiap Ruangan Dalam Kadar Lebih Masa Tersuai Pada System Setting > Claim > Overtime


  • Berikut adalah penerangan lebih terperinci mengenai setiap ruangan dalam Kadar Lebih Masa Tersuai pada System Setting > Claim > Overtime:


a) Overtime Name


  • Ruangan ini merujuk kepada nama Custom Overtime yang dikehendaki. Contoh: Overtime 2.5 Custom



b) Deduction Type


  • Ruangan ini wajib diisi oleh pihak HR/Admin
  • Jika tidak diisi, sistem MySyarikat tidak dapat mengira amaun Overtime yang betul
  • Terdapat dua jenis iaitu Percentage By Salary & RM per Hour



i. Percentage by Salary


Ini merujuk kepada formula berikut:


  • Basic atau Gross Salary / 26 hari / Jumlah jam bekerja (8 atau 7.5 jam) = y
  • y darab dengan kadar yang disetkan pada Overtime Rate = z
  • z adalah amaun Overtime staf tersebut


ii. RM per Hour


  • Ini merujuk kepada kadar yang disetkan pada Overtime Rate
  • Contoh: jika disetkan 10, sistem akan mengira 1 jam Overtime berjumlah RM10
  • Jika staf memohon 4 jam Overtime, sistem akan mengira amaun Overtime tersebut berjumlah RM40 (RM10 x 4 jam)


c) Included Employee



  • Ruangan ini juga wajib diisi
  • Jika ruangan ini dibiarkan kosong, Kadar Lebih Masa Tersuai ini tidak akan auto assign kepada mana-mana staf
  • Nama-nama staf yang diisi pada ruangan ini akan terkesan oleh Kadar Lebih Masa Tersuai ini, dan jika mereka memohon Overtime pada mana-mana kadar (Normal/Rest Day/Off Day/Public Holiday), sistem akan mengira mereka hanya untuk kadar yang dicipta sahaja



d) Remark


  • Ruangan ini adalah optional untuk diisi. Boleh masukkan apa-apa jenis Remark yang dikehendaki


Updated on: 24/07/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!