> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] CP21 Form & CP22 Form Dalam Sistem MySyarikat


1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin
  
__a) Borang CP21__  
 
* Borang CP21 terdapat 2 kategori:
 
a) Pemberitahuan oleh majikan tentang pekerja yang meninggalkan atau berhasrat meninggalkan Malaysia bagi suatu tempoh melebihi 3 bulan tanpa niat untuk kembali  
  
b) Majikan tidak mahu mengenakan potongan cukai atau PCB untuk staf tersebut.  
  
* Syarat untuk majikan tidak mahu staf mengenakan potongan cukai atau PCB:

| Staf tersebut telah Resigned
| Staf tersebut telah meninggal dunia
| Staf tersebut telah pencen

* Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan borang CP21, boleh rujuk link tutorial berikut:

[https://www.hasil.gov.my/majikan/penamatan-perkhidmatan/](https://www.hasil.gov.my/majikan/penamatan-perkhidmatan/)

* Sistem MySyarikat hanya menyediakan CP21 Form dalam format PDF sahaja. Untuk edit CP21 Form tersebut, pihak HR/Admin perlu convert CP21 Form tersebut kepada format Excel terlebih dahulu

__b) Borang CP22__  
  
* Borang CP22 adalah majikan ingin maklumkan kepada pihak LHDN bahawa staf tersebut ingin dikenakan cukai
 
* Contoh: Jika bulan ini staf tersebut tidak dikenakan potongan cukai atau PCB, tetapi bulan hadapan staf tersebut terdapat kenaikan gaji & perlu dikenakan potongan cukai atau PCB, majikan perlu isi borang CP 22 ini

* Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan borang CP22, boleh rujuk link tutorial berikut:

[https://www.hasil.gov.my/majikan/pemberitahuan-pekerja-baharu/](https://www.hasil.gov.my/majikan/pemberitahuan-pekerja-baharu/)

* Sistem MySyarikat hanya menyediakan CP22 Form dalam format PDF sahaja. Untuk edit CP21 Form tersebut, pihak HR/Admin perlu convert CP22 Form tersebut kepada format Excel terlebih dahulu

2. Cara Dapatkan CP21 Form & CP22 Form Dalam My Record

|| Nota: Hanya pemilik akaun sahaja yang akan dapat akses ke bahagian ini

Langkah 1: Klik My Record  
Langkah 2: Klik Payment  
Langkah 3: Klik Yearly Statement  
Langkah 4: Klik Print CP21 Form & CP22 Form

3. Cara Dapatkan CP21 Form & CP22 Form Dalam Yearly Form

|| Nota: Hanya pihak HR/Admin sahaja yang dapat akses ke bahagian ini

Langkah 1: Klik Yearly Form  
Langkah 2: Klik Form CP  

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/screenshot-2024-11-21-150111_wowkyt.png)
Langkah 3: Masukkan tahun, Department, status pekerja & nama staf yang dikehendaki  
Langkah 4: Klik Filter  
Langkah 5: Klik CP21 Form atau CP22 Form 

|| Nota: Untuk CP21 Form, paparan berikut akan dipaparkan

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/screenshot-2024-11-21-150528_q74fah.png)
|| Nota: Untuk CP22 Form, paparan berikut akan dipaparkan