> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] Cara Mohon Time Off (Apply Time Off) Dalam Website MySyarikat

|| 1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

* Fungsi **Time Off** digunakan oleh staf yang ingin mendapatkan pelepasan dalam waktu kerja atas sebab-sebab tertentu dan perlu mendapat kelulusan dari pihak majikan/HR. Fungsi Time Off adalah pelepasan yang diberikan oleh majikan tanpa menolak gaji atau sebagainya.

* Dalam sistem MySyarikat, tiada fungsi untuk pengiraan Time Off. Ia adalah berdasarkan **Application Limit Hour** yang disetkan di dalam **System Setting > Leave > Time Off** sahaja.

* Contohnya, jika staf pergi ke klinik semasa waktu bekerja, staf boleh memohon Time Off dalam app/website MySyarikat dan muat naik dokumen sokongan yang diberikan oleh hospital/klinik.
---

| 2. Cara Mohon Time Off Dalam Website MySyarikat

Untuk memohon Time Off dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh merujuk kepada langkah berikut:

Langkah 1: Klik **Apply**.
Langkah 2: Klik **Time Off**.
Langkah 3: Masukkan maklumat permohonan pada **Apply Time Off**.
Langkah 4: Sertakan dokumen sokongan sekiranya perlu pada bahagian **Supporting Document**.
Langkah 5: Klik **Apply Now**.

![1-6](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_a5fuk.png)
---