[Versi 3.0] Cara Mohon Time Off (Apply Time Off) Dalam Website MySyarikat
- Fungsi Time Off digunakan oleh staf yang ingin mendapatkan pelepasan dalam waktu kerja atas sebab-sebab tertentu dan perlu mendapat kelulusan dari pihak majikan/HR. Fungsi Time Off adalah pelepasan yang diberikan oleh majikan tanpa menolak gaji atau sebagainya.
- Dalam sistem MySyarikat, tiada fungsi untuk pengiraan Time Off. Ia adalah berdasarkan Application Limit Hour yang disetkan di dalam System Setting > Leave > Time Off sahaja.
- Contohnya, jika staf pergi ke klinik semasa waktu bekerja, staf boleh memohon Time Off dalam app/website MySyarikat dan muat naik dokumen sokongan yang diberikan oleh hospital/klinik.
Untuk memohon Time Off dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh merujuk kepada langkah berikut:
Langkah 1: Klik Apply.
Langkah 2: Klik Time Off.
Langkah 3: Masukkan maklumat permohonan pada Apply Time Off.
Langkah 4: Sertakan dokumen sokongan sekiranya perlu pada bahagian Supporting Document.
Langkah 5: Klik Apply Now.
Updated on: 19/03/2025
Thank you!