Articles on: [Versi 3.0 BM] Apply Claim

[Versi 3.0] Cara Mohon Kerja Lebih Masa (Apply Overtime Claim) Dalam Website MySyarikat

  • Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

    • Dalam website, pihak HR/Admin boleh memohon kerja lebih masa untuk staf. Pada ruangan Apply Overtime Claim dan klik Applicant, pihak HR/Admin boleh memilih nama staf yang dikehendaki sahaja.


    Nota Tambahan 1


    • Dalam sistem MySyarikat, jika terdapat dua jenis format waktu (AM & PM) dalam satu permohonan, paparan pada Duration akan menjadi jumlah Kosong dan butang Apply Now akan memaparkan mesej The end time must be after the start time..


    Nota Tambahan 2


    • Ini kerana sistem MySyarikat tidak dapat mengesan jumlah waktu permohonan tersebut.
    • Untuk mengatasi ini, pemohon perlu membuat dua permohonan kerja lebih masa.


    Contoh Situasi:


    i. Jika staf bekerja lebih masa dari 5:00 petang hingga 6:00 pagi keesokan harinya, staf perlu membuat dua permohonan kerja lebih masa:


    • Permohonan kerja lebih masa 1: 5:00 PM hingga 11:59 PM
    • Permohonan kerja lebih masa 2: 12:00 AM hingga 6:00 AM


    Contoh 1


    Contoh 2


  • Cara Mohon Kerja Lebih Masa Dalam Website MySyarikat

    • Untuk memohon kerja lebih masa (Overtime Claim) dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh rujuk langkah berikut:


    Langkah 1: Klik Apply.
    Langkah 2: Klik Claim.
    Langkah 3: Klik Overtime Claim.


    Langkah 1-3


    Langkah 4: Pada ruangan Applicant, pilih nama staf yang dikehendaki.
    Langkah 5: Pada ruangan Overtime Date, masukkan tarikh yang dikehendaki.
    Langkah 6: Pada ruangan Start Time, masukkan waktu mula yang dikehendaki.
    Langkah 7: Pada ruangan End Time, masukkan waktu akhir yang dikehendaki.
    Langkah 8: Pada ruangan Overtime Reason, masukkan sebab yang dikehendaki (jika tiada, boleh letakkan simbol "-" atau "0").
    Langkah 9: Jika perlu, pada ruangan Supporting Document, muat naik dokumen sokongan.
    Langkah 10: Klik Apply Now.


    Langkah 4-10

    Updated on: 08/04/2025

    Was this article helpful?

    Share your feedback

    Cancel

    Thank you!