> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] Cara Mohon Kerja Lebih Masa (Apply Overtime Claim) Dalam Website MySyarikat

|| 1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

* Dalam website, pihak HR/Admin boleh memohon kerja lebih masa untuk staf. Pada ruangan **Apply Overtime Claim** dan klik **Applicant**, pihak HR/Admin boleh memilih nama staf yang dikehendaki sahaja.

![Nota Tambahan 1](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_7scsrb.png)
---

* Dalam sistem MySyarikat, jika terdapat dua jenis format waktu (AM & PM) dalam satu permohonan, paparan pada **Duration** akan menjadi jumlah **Kosong** dan butang **Apply Now** akan memaparkan mesej **The end time must be after the start time.**.

![Nota Tambahan 2](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1x6453g.png)

- Ini kerana sistem MySyarikat tidak dapat mengesan jumlah waktu permohonan tersebut.
- Untuk mengatasi ini, pemohon perlu membuat dua permohonan kerja lebih masa.
---

### Contoh Situasi:

i. Jika staf bekerja lebih masa dari 5:00 petang hingga 6:00 pagi keesokan harinya, staf perlu membuat dua permohonan kerja lebih masa:

   - Permohonan kerja lebih masa 1: 5:00 PM hingga 11:59 PM
   - Permohonan kerja lebih masa 2: 12:00 AM hingga 6:00 AM

![Contoh 1](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_15ny7x.png)

![Contoh 2](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_62tf9a.png)
---

| 2. Cara Mohon Kerja Lebih Masa Dalam Website MySyarikat

* Untuk memohon kerja lebih masa **(Overtime Claim)** dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik **Apply**.
Langkah 2: Klik **Claim**.
Langkah 3: Klik **Overtime Claim**.

![Langkah 1-3](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1tvt3wy.png)
---

Langkah 4: Pada ruangan **Applicant**, pilih nama staf yang dikehendaki.
Langkah 5: Pada ruangan **Overtime Date**, masukkan tarikh yang dikehendaki.
Langkah 6: Pada ruangan **Start Time**, masukkan waktu mula yang dikehendaki.
Langkah 7: Pada ruangan **End Time**, masukkan waktu akhir yang dikehendaki.
Langkah 8: Pada ruangan **Overtime Reason**, masukkan sebab yang dikehendaki (jika tiada, boleh letakkan simbol "-" atau "0").
Langkah 9: Jika perlu, pada ruangan **Supporting Document**, muat naik dokumen sokongan.
Langkah 10: Klik **Apply Now**.

![Langkah 4-10](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1cq4v6u.png)
---