> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] Cara Mohon Expenses Claim (Apply Expenses Claim) Dalam Website MySyarikat

| 1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

* Dalam website Versi 3 System MySyarikat, pihak HR/Admin boleh buat permohonan Expenses Claim untuk staf. Buat permohonan Expenses Claim seperti biasa. Kemudian pada ruangan Applicant, dan pilih nama staf yang dikehendaki

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1gzp429.png)

* Jika paparan amaran **"Your employee information is incomplete"** muncul seperti di bawah, tuan/puan perlu memastikan bahawa bahagian Approval Details untuk claim supervisor telah disetkan dan dikemaskini pada Employee Details. Ini adalah untuk membolehkan permohonan claim dilaksanakan.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1mujcya.png)

* Paparan pilihan cuti Leave Type yang memaparkan **"This claim type is not Active"** menunjukkan bahawa tetapan claim tersebut tidak diaktifkan dalam polisi claim pekerja (employee details claim policy), yang menghalang staf daripada memohon cuti tersebut.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_dsbq8m.png)

* Paparan di bawah menunjukkan bahawa permohonan claim melebihi jumlah had pemohonan dan had tahunan yang ditetapkan. Tetapan ini boleh diubah suai pada employee details claim policy.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1t97k74.png)
![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_cz5fx4.png)
---

| 2. Cara Mohon Expenses Claim Dalam Website MySyarikat

* Untuk mohon Expenses Claim dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin/Staf boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik **Apply**
Langkah 2: Klik **Claim**
Langkah 3: Klik **Expenses Claim**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_wpwm9x.png)
---

**Langkah seterusnya:**

Langkah 4: Pada ruangan **Applicants**, masukkan nama memohon
Langkah 5: Pada ruangan **Transaction Date**, masukkan tarikh permohonan
Langkah 6: Pada ruangan **Claim Type**, masukkan jenis Expenses Claim yang dikehendaki
Langkah 7:  Pada ruangan **Claim Amount**, masukkan amaun Expenses Claim yang dikehendaki
Langkah 8: Pada ruangan **Expenses Reason**, masukkan maklumat yang dikehendaki (jika tiada, boleh masukkan simbol - atau 0)
Langkah 9: Pada ruangan **Supporting document**, masukkan fail yang dikehendaki (jika perlu)
Langkah 10: Klik **Apply Now**

![Display of Expenses Claim Application](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_192cco8.png)
---

| 3. Cara Mohon Expenses Claim Dalam App MySyarikat

* Untuk mohon Expenses Claim dalam app MySyarikat, pihak HR/Admin boleh rujuk link tutorial berikut:

https://mysyarikat.crisp.help/en/article/versi-20-cara-mohon-tuntutan-kewangan-apply-financial-claim-dalam-app-mysyarikat-1740hsd/?bust=1706968156586