[Versi 3.0] Cara Menetapkan/Kemaskini Tetapan dan Kelulusan Time Off Pada System Setting (Setup Time Off)
Nota Tambahan Untuk Pihak HR/AdminPenetapan/Kemaskini System Setting > Time Off Cara Penetapan/Kemaskini Approval Time Off
- Fungsi time off digunakan oleh staf yang ingin mendapatkan pelepasan dalam waktu kerja atas sebab-sebab tertentu dan perlu mendapat kelulusan daripada majikan/HR. Fungsi time off adalah pelepasan yang diberikan oleh majikan tanpa menolak gaji atau sebagainya.
- Dalam sistem MySyarikat, tiada fungsi untuk pengiraan time off secara automatik; ia bergantung kepada Application Limit Hour yang disetkan dalam System Setting > Leave > Time Off sahaja.
- Contohnya, jika staf pergi ke klinik semasa waktu bekerja, staf boleh membuat permohonan time off dalam aplikasi atau laman web MySyarikat dan memuat naik fail lampiran yang diberikan oleh pihak hospital atau klinik.
- Untuk penetapan/kemaskini setting pada System Setting > Leave > Timeoff, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:
Langkah 1: Klik System setting.
Langkah 2: Klik Leave.
Langkah 3: Klik Time off.
Langkah 4: On kan simbol Enable attachment sekiranya perlu lampirkan dokumen sokongan.
Langkah 5: On kan simbol Application Limit Hour bagi tetapan masa(jam) minimum dan maksimum permohonan time off.
Langkah 6: Klik Save.
---
- Untuk penetapan/kemaskini setting Approval Timeoff pada System Setting > Leave > Time Off, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:
Langkah 1: Klik System setting.
Langkah 2: Klik Leave.
Langkah 3: Klik Timeoff.
Langkah 4: Pilih nama First Level Approval Ataupun Second Level Approval.
Langkah 5: Klik Save.
Updated on: 17/03/2025
Thank you!