[Versi 3.0] Cara Kemaskini Maklumat Peribadi di MySyarikat

Panduan ini disediakan untuk membantu semua staf mengurus dan mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem MySyarikat.

Kemaskini maklumat dengan tepat adalah penting kerana ia akan digunakan untuk tujuan rekod syarikat serta pengiraan caruman EPF, SOCSO dan EIS.


  1. Nota Penting


Semua staf boleh kemaskini maklumat sendiri melalui sistem.

Pastikan maklumat penting seperti NRIC, Nationality dan Bumi Status diisi dengan lengkap. Jika tidak diisi, sistem tidak akan dapat mengira caruman EPF, SOCSO, EIS, PCB dan lain-lain dalam modul Payroll.



  1. Cara Kemaskini Maklumat Peribadi


i. klik pada 'Profile Picture'.

ii. Klik pada nama anda.



Setelah berjaya, anda akan di bawah ke paparan Personal Details. Pada bahagian ini, anda boleh melakukan kemaskini bagi semua butiran peribadi masing-masing.




  1. Menu di Bahagian Employee Detail

Di panel sebelah kiri, anda boleh mengakses dan kemaskini maklumat berikut:


  • Personal Detail – Nama, NRIC, Tarikh Lahir, Jantina, Bangsa, Agama
  • Employment – Maklumat jawatan, tarikh mula kerja, status pekerjaan.
  • Contact – Alamat, nombor telefon, emel.
  • Family Detail – Maklumat waris / tanggungan.
  • Compensation – Gaji pokok, elaun, potongan.
  • Document – Fail sokongan seperti IC, sijil, offer letter.
  • Career Progress – Kenaikan pangkat, sejarah kerjaya.
  • Training & Certificate – Latihan, kursus & sijil yang diperoleh.
  • Equipment – Senarai peralatan kerja yang dibekalkan syarikat.
  • Leave Policy – Polisi cuti mengikut syarikat.
  • Claim Policy – Polisi tuntutan (travel claim, medical claim dll.).


Nota Penting: Tidak semua maklumat boleh dikemaskini oleh staf. Untuk butiran tertentu, hanya pihak HR sahaja yang mempunyai akses untuk membuat perubahan.


  1. Contoh kemaskini butiran Contact



  • Klik tab Contact.
  • Klik ikon pen (edit).
  • Masukkan maklumat seperti jawatan, tarikh mula kerja, status pekerja.
  • Klik Save.


Sila kemaskini butiran lain di Employee Details mengikut langkah di atas.


Updated on: 18/09/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!