> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] Cara Kemaskini Maklumat Dalam Contact Staf (Update Contact) Pada Website MySyarikat


1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

|| Nota 1:

* Pada ruangan Phone Number & Mobile Number, pihak HR/Admin boleh sahaja letakkan nombor telefon yang sama untuk staf tersebut

* Jika staf tersebut mempunyai 2 nombor telefon, nombor telefon pertama boleh letakkan pada ruangan Phone Number, manakala untuk nombor telefon kedua boleh letakkan pada ruangan Mobile Number

* Jika staf tersebut mempunyai 1 nombor telefon sahaja, boleh masukkan nombor telefon pada ruangan Phone Number, manakala pada ruangan Mobile Number boleh letakkan simbol - atau 0 sahaja

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/1_1xcmwht.png)

|| Nota 2:

* Pada ruangan Email boleh letakkan emel yang staf tersebut gunakan untuk login akaun MySyarikat sahaja. Pada ruangan Personal Email boleh letakkan emel peribadi staf tersebut sahaja

* Jika staf tersebut mempunyai 2 emel, emel pertama boleh letakkan pada ruangan Email, manakala untuk emel kedua boleh letakkan pada ruangan Personal Email

* Jika staf tersebut mempunyai 1 emel sahaja, boleh masukkan emel pada ruangan Email, manakala pada ruangan Personal Email boleh letakkan simbol - atau 0 sahaja

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/2_u4br79.png)

|| Nota 3:

* Address adalah merujuk kepada alamat tempat tinggal staf tersebut, manakala Mailing Address adalah merujuk kepada alamat yang digunakan oleh staf tersebut untuk dapatkan dokumen seperti bil, surat daripada badan-badan tertentu & sebagainya

* Pada ruangan Address & Mailing Address, pihak HR/Admin boleh sahaja letakkan alamat rumah yang staf tersebut menetap atau tinggal

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/3_19fl2xr.png)

2. Cara Kemaskini Maklumat Dalam Contact Staf

* Untuk mengemaskini maklumat staf pada bahagian Contact staf, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Employee
Langkah 2: Klik ikon mata pada nama staf yang dikehendaki

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/4_1xd767f.png)

Langkah 3: Klik Employment
Langkah 4: Klik Update

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/5_66e3e8.png)

Langkah 5: Masukkan atau kemaskini maklumat yang dikehendaki
Langkah 6: Klik Save

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/6_53kp9t.png)