> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] Cara Kemaskini Maklumat Dalam Compensation Staf (Update Compensation) Pada Website MySyarikat


1. Cara Kemaskini Maklumat Pada Bank Details Staf

|| Nota: Bahagian ini adalah wajib dilengkapkan oleh pihak HR/Admin/Staf untuk tujuan melancarkan proses semasa pihak HR/Admin muat turun (download) Bank File dalam Payroll

* Untuk mengemaskini maklumat staf pada bahagian Bank Details, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Employee
Langkah 2: Klik ikon mata pada nama staf yang dikehendaki

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/1_i0257e.png)

Langkah 3: Klik Compensation
Langkah 4: Klik Update pada bahagian Bank Details

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/2_6wreo6.png)

Langkah 5: Masukkan atau kemaskini maklumat yang dikehendaki
Langkah 6: Klik Save

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/3_1wsf8jy.png)

2. Cara Kemaskini Maklumat Pada Statutory Details Staf

* Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

|| Bahagian ini adalah wajib dilengkapkan oleh pihak HR/Admin/Staf
|| Jika pada bahagian ini tidak dilengkapkan, sistem tidak dapat membuat pengiraan caruman EPF, SOCSO & EIS staf tersebut
|| Pada bahagian SOCSO Number, pihak HR/Admin boleh letakkan Nombor IC staf tersebut sahaja
|| Pada bahagian SOCSO Contribution Start Age, pihak HR/Admin boleh letakkan umur terkini staf tersebut sahaja. Contohnya, 21

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/1_1hptb9d.png)

|| Jika terdapat amaun selain 0 dimasukkan pada bahagian Value of Living Accomodation (VOLA), amaun tersebut akan dipaparkan dalam E Form staf tersebut

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/2_z08fuq.png)

|| Pada ruangan Income Tax Number & Value of Living Accomodation (VOLA) adalah untuk tujuan sistem membuat pengiraan PCB 39 secara automatik dalam payroll staf tersebut
|| Jika staf tersebut tidak terlibat untuk potongan PCB 39, pihak HR/Admin tidak perlu isikan maklumat pada bahagian Income Tax Number & Value of Living Accomodation (VOLA) ini

* Untuk mengemaskini maklumat staf pada bahagian Statutory Details, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Employee
Langkah 2: Klik ikon mata pada nama staf yang dikehendaki

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/4_m2g5n.png)

Langkah 3: Klik Compensation
Langkah 4: Klik Update pada bahagian Statutory Details

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/5_ezuay6.png)

Langkah 5: Masukkan atau kemaskini maklumat yang dikehendaki
Langkah 6: Jika perlu, pada ruangan Income Tax Number, masukkan nombor cukai staf tersebut
Langkah 7: Jika perlu, pada ruangan Value of Living Accomodation (VOLA), masukkan amaun yang dikehendaki
Langkah 8: Klik Save

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/6_mn3g0t.png)

3. Cara Kemaskini Maklumat Pada Income Tax Details Staf

* Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin

|| Pada ruangan Income Tax Details adalah untuk tujuan sistem membuat pengiraan PCB 39 secara automatik dalam payroll staf tersebut
|| Jika staf tersebut tidak terlibat untuk potongan PCB 39, pihak HR/Admin tidak perlu isikan maklumat pada bahagian Income Tax Details ini

* Untuk mengemaskini maklumat staf pada bahagian Income Tax Details, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Employee
Langkah 2: Klik ikon mata pada nama staf yang dikehendaki

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/1_vk90rw.png)

Langkah 3: Klik Compensation
Langkah 4: Klik Update pada bahagian Income Tax Details

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/2_15ix2m2.png)

Langkah 5: Jika perlu, pada bahagian Child Information:

i. Jika perlu, on kan button pada Employee has Child
ii. Jika tidak perlu, off kan button pada Employee has Child
iii. Jika perlu, masukkan amaun yang dikehendaki
iv. Jika tidak perlu, masukkan amaun 0 pada semua ruangan

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/3_gzujd8.png)

Langkah 6: Jika perlu, pada bahagian Spouse Information:

i. Jika perlu, on kan button pada Spouse is Working
ii. Jika tidak perlu, off kan button pada Spouse is Working
iii. Jika perlu, on kan button pada Spouse is Disable
iv. Jika tidak perlu, off kan button pada Spouse is Disable
v. Jika perlu, masukkan jantina pasangan pada bahagian Spouse Gender
vi. Jika tidak perlu, boleh pilih Select Gender pada ruangan Spouse Gender

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/4_11of0zt.png)

Langkah 7: Jika perlu, on kan button pada Relief Information

|| Nota: Untuk staf tersebut, jika pihak HR/Admin ingin masukkan amaun SOCSO Employee & EIS Employee untuk pengiraan PCB 39 dalam Payroll staf tersebut, pihak HR/Admin boleh on kan sahaja button Relief Information ini

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/5_15esj1s.png)

Langkah 8: Jika perlu, pada bahagian Employee Category, pihak HR/Admin boleh pilih kategori yang dikehendaki

|| None bermaksud sistem MySyarikat akan membuat pengiraan PCB 39 mengikut formula PCB 39 yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tanpa mengambil kira bahagian Returning Expert Programme (REP) & Knowledge Worker at Specific Region (Iskandar Malaysia)
|| Returning Expert Programme (REP) & Knowledge Worker at Specific Region (Iskandar Malaysia) adalah merujuk kepada formula pengiraan PCB 39 yang diberikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
|| Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan bahagian ini, boleh rujuk link tutorial berikut pada muka surat 12 & 14:
|| https://www.hasil.gov.my/media/hgifbzzy/spesifikasi-kaedah-pengiraan-berkomputer-pcb-2024.pdf

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/6_395xu4.png)

Langkah 9: Jika perlu, klik Sync. Jika tidak perlu, pihak HR/Admin boleh abaikan sahaja

|| Fungsi ini adalah untuk selaraskan maklumat dalam Income Tax Details & Family Details

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/7_1twse1y.png)

Langkah 10: Klik Save

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/8_rrub9e.png)