[Versi 3.0 BM] Tetapan Awal "Offboarding" pada "System Setting" melalui "Employee Journey"
Tetapan "Offboarding" pada System Setting
Fungsi "Offboarding" membolehkan pihak pengurusan "Admin/HR" menetapkan keperluan atau senarai semak "checklist" yang perlu diselesaikan apabila pekerja hendak berhenti kerja.
- Langkah 1 : Klik menu "System Setting" di bahagian navigasi kiri.
- Langkah 2 : Pilih tab "Employee Journey".
- Langkah 3 : Di bahagian "Offboarding", klik butang "+ Add Requirement".

- Langkah 4 : Pilih "Type" keperluan yang ingin ditambah: Required Document: Jika memerlukan pemulangan/penyerahan dokumen. Checklist Step: Jika berupa tindakan atau senarai semak (contoh: pulangkan laptop, akses kad).
- Langkah 5 : Masukkan nama "Title" bagi keperluan tersebut.
- Langkah 6 : Isikan "Description" untuk memberikan penerangan atau arahan yang lebih jelas.
- Langkah 7 : Aktifkan "Required" jika senarai/dokumen ini wajib diselesaikan oleh pekerja.
- Langkah 8 : Aktifkan "Enabled" untuk memastikan status keperluan ini aktif dan boleh digunakan.
- Langkah 9 : (Pilihan) Klik "Browse" pada bahagian "Document Template" sekiranya anda ingin muat naik template dokumen (berkenaan jika memilih Type: Required Document).
- Langkah 10 : Klik butang "Submit" untuk menyimpan tetapan.



Updated on: 21/09/2026
Thank you!
