Articles on: [Versi 3.0 BM] Attendance - Overtime

[Versi 3.0 BM] Penerangan Overtime Melalui Akta Didalam Sistem MySyarikat

  • Memperkenalkan fungsi terkini daripada sistem MySyarikat, iaitu Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act) . Kini kiraan kerja lebih masa staf melalui akta boleh direkodkan didalam sistem MySyarikat secara automatik melalui "Attendance Overtime"
  • Untuk aktifkan fungsi Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act), Tuan/Puan perlu memohon kepada pihak Customer Support MySyarikat.


Nota Makluman: Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act) hanya berfungsi didalam "Attendance Overtime" iaitu kiraan kerja lebih masa melalui clock in/clock out pekerja sahaja.


Penerangan berkenaan Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act):


Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Hari Bekerja Biasa melebihi waktu bekerja biasa


  • Rate 1.5
  • Situasi


Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang


Waktu kerja Qaasyaf selepas waktu kerja = 5.30 petang hingga 8.00 malam


Jumlah Waktu Kerja ialah 2 jam 30 minit = 2.5 (tetapan tanpa "buffer" dan tiada jam kerja maksimum)


Gaji pokok Qaasyaf = RM4500


  • Cara Kiraan


Langkah 1: Cari Gaji Kadar Setiap Jam


(Gaji Kadar Setiap Bulan / 26) / 8 jam kerja standard


RM4500/26/8 = RM21.63




Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa


Gaji Kadar Setiap Jam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar


RM21.63 * 2.5 * 1.5 = RM81.12


Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Hari Rehat/Cuti dalam waktu bekerja biasa


  • OT kurang daripada 4 jam > kadar 0.5/gaji separuh hari
  • Situasi:


Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang


Waktu kerja biasa Qaasyaf dalam waktu kerja biasa = 11 pagi - 1 petang


Jumlah Waktu Kerja Biasa ialah 2 jam = 2.0


Gaji pokok Qaasyaf = RM4500


  • Cara Kiraan



Langkah 1: Cari Gaji Kadar Biasa


Gaji Kadar Biasa = Gaji Kadar Bulanan / 26


RM4500 / 26 = RM173.07




Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa


Lebih Masa = Gaji Kadar Biasa * Kadar


RM173.07 * 0.5 = RM86.53


Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Hari Rehat/Cuti dalam waktu bekerja biasa


  • OT lebih daripada 4 jam > kadar 1.0/gaji sehari penuh
  • Situasi:


Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang


Waktu kerja biasa Qaasyaf dalam waktu kerja biasa = 10.30 pagi - 5 petang


Jumlah Waktu Kerja Biasa ialah 6 jam 30 minit = 6.5


Gaji pokok Qaasyaf = RM4500


  • Cara Kiraan


Langkah 1: Cari Gaji Kadar Biasa


Gaji Kadar Biasa = Gaji Kadar Bulanan / 26


RM4500 / 26 = RM173.07




Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa


Lebih Masa = Gaji Kadar Biasa * Kadar


RM173.07 * 1.0 = RM173.07


Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Rehat



  • Kadar 8 jam pertama 1.0 & Kadar selepas 8 jam 2.0
  • Situasi:


Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang


Waktu kerja tambahan Qaasyaf = 10 pagi - 8.30 malam


Jumlah Waktu Kerja Tambahan ialah = 10 jam 30 minit = 10.5


Gaji pokok Qaasyaf = RM4500


  • Cara Kiraan


Langkah 1: Cari Gaji Kadar Sejam (HRP)


(Gaji Kadar Bulanan / 26) / Waktu kerja standard


RM4500 / 26 / 8= RM21.63




Langkah 2: Cari Gaji Kadar Biasa (ORP)


RM4500/26 = RM173.07




Langkah 3: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 8 Jam)


Gaji Kadar Biasa * Kadar


RM173.07 * 1.0 = RM173.07




Langkah 4: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 2.5 jam)


Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar


RM21.63 * 2.5 * 2.0 = RM108.17




Langkah 5: Kira Jumlah Kerja Lebih Masa


Langkah 3 + Langkah 4


RM173.07 + RM108.17 = RM281.24


Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Cuti Umum


  • Kadar 2.0
  • Situasi:


Waktu kerja biasa Qaasyaf 8.30 pagi - 5.30 petang


Waktu kerja biasa Qaasyaf dalam waktu kerja biasa 10.30 pagi - 5 petang


Jumlah Waktu Kerja Biasa ialah 6 jam 30 minit = 6.5


Gaji pokok Qaasyaf RM4500


  • Cara Kiraan


Cara Mengira


Langkah 1: Cari Gaji Kadar Sejam (HRP)


(Gaji Kadar Bulanan / 26) / Waktu kerja standard


RM4500 / 26 / 8= RM21.63




Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa


Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar


RM21.63 * 6.5 * 2.0 = RM450


Waktu Operasi Semasa Cuti Umum


  • Kadar 8 jam pertama 2.0 & Kadar selepas 8 jam 3.0
  • Situasi:


Waktu kerja biasa Qaasyaf 8.30 pagi - 5.30 petang


Waktu kerja tambahan Qaasyaf 10 pagi - 8.30 malam


Jumlah Waktu Kerja Tambahan ialah 10 jam 30 minit = 10.5


Gaji pokok Qaasyaf RM4500

  • Cara Kiraan


Langkah 1: Cari Gaji Kadar Sejam (HRP)


(Gaji Kadar Bulanan / 26) / Waktu kerja standard


RM4500 / 26 / 8= RM21.63




Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 8 Jam)


Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar


RM173.07 * 2.0 = RM346.15




Langkah 3: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 2.5 jam)


Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar


RM21.63 * 2.5 * 3.0 = RM162.25




Langkah 4: Kira Jumlah Kerja Lebih Masa


Langkah 2 + Langkah 3


RM346.15 + RM162.25 = RM508.40

Updated on: 08/07/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!