> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0 BM] Penerangan Overtime Melalui Akta Didalam Sistem MySyarikat 

* Memperkenalkan fungsi terkini daripada sistem MySyarikat, iaitu Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act) . Kini kiraan kerja lebih masa staf melalui akta boleh direkodkan didalam sistem MySyarikat secara automatik melalui "Attendance Overtime"

* Untuk aktifkan fungsi Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act), Tuan/Puan perlu memohon kepada pihak Customer Support MySyarikat.

|| Nota Makluman:  Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act) hanya berfungsi didalam "Attendance Overtime" iaitu kiraan kerja lebih masa melalui clock in/clock out pekerja sahaja.

Penerangan berkenaan Kiraan Kerja Lebih Masa Melalui Akta (Overtime by Act):

| Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Hari Bekerja Biasa melebihi waktu bekerja biasa

* Rate 1.5
* Situasi

Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang

Waktu kerja Qaasyaf selepas waktu kerja = 5.30 petang hingga 8.00 malam

Jumlah Waktu Kerja ialah 2 jam 30 minit = 2.5 (tetapan tanpa "buffer" dan tiada jam kerja maksimum)

Gaji pokok Qaasyaf =  RM4500

* Cara Kiraan

Langkah 1: Cari Gaji Kadar Setiap Jam

(Gaji Kadar Setiap Bulan / 26) / 8 jam kerja standard

RM4500/26/8 = RM21.63



Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa

Gaji Kadar Setiap Jam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar

RM21.63 * 2.5 * 1.5 = RM81.12

| Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Hari Rehat/Cuti dalam waktu bekerja biasa

* OT kurang daripada 4 jam > kadar 0.5/gaji separuh hari
* Situasi:

Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang

Waktu kerja biasa Qaasyaf dalam waktu kerja biasa = 11 pagi - 1 petang

Jumlah Waktu Kerja Biasa ialah 2 jam = 2.0

Gaji pokok Qaasyaf = RM4500

* Cara Kiraan


Langkah 1: Cari Gaji Kadar Biasa

Gaji Kadar Biasa = Gaji Kadar Bulanan / 26

RM4500 / 26 = RM173.07



Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa

Lebih Masa = Gaji Kadar Biasa * Kadar

RM173.07 * 0.5 = RM86.53

| Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Hari Rehat/Cuti dalam waktu bekerja biasa

* OT lebih daripada 4 jam > kadar 1.0/gaji sehari penuh
* Situasi:

Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang

Waktu kerja biasa Qaasyaf dalam waktu kerja biasa = 10.30 pagi - 5 petang

Jumlah Waktu Kerja Biasa ialah 6 jam 30 minit = 6.5

Gaji pokok Qaasyaf =  RM4500

* Cara Kiraan

Langkah 1: Cari Gaji Kadar Biasa

Gaji Kadar Biasa = Gaji Kadar Bulanan / 26

RM4500 / 26 = RM173.07



Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa

Lebih Masa = Gaji Kadar Biasa * Kadar

RM173.07 * 1.0 = RM173.07

| Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Rehat


* Kadar 8 jam pertama 1.0 & Kadar selepas 8 jam 2.0
* Situasi:

Waktu kerja biasa Qaasyaf = 8.30 pagi - 5.30 petang

Waktu kerja tambahan Qaasyaf  = 10 pagi - 8.30 malam

Jumlah Waktu Kerja Tambahan ialah = 10 jam 30 minit = 10.5

Gaji pokok Qaasyaf = RM4500

* Cara Kiraan

Langkah 1: Cari Gaji Kadar Sejam (HRP)

(Gaji Kadar Bulanan / 26) / Waktu kerja standard

RM4500 / 26 / 8= RM21.63



Langkah 2: Cari Gaji Kadar Biasa (ORP)

RM4500/26 = RM173.07



Langkah 3: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 8 Jam)

Gaji Kadar Biasa * Kadar

RM173.07 * 1.0 = RM173.07



Langkah 4: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 2.5 jam)

Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar

RM21.63 * 2.5 * 2.0 = RM108.17



Langkah 5: Kira Jumlah Kerja Lebih Masa

Langkah 3 + Langkah 4

RM173.07 + RM108.17 = RM281.24

| Kerja Lebih Masa(Overtime) pada Cuti Umum

* Kadar 2.0
* Situasi:

Waktu kerja biasa Qaasyaf 8.30 pagi - 5.30 petang

Waktu kerja biasa Qaasyaf dalam waktu kerja biasa 10.30 pagi - 5 petang

Jumlah Waktu Kerja Biasa ialah 6 jam 30 minit = 6.5

Gaji pokok Qaasyaf RM4500

* Cara Kiraan
Cara Mengira

Langkah 1: Cari Gaji Kadar Sejam (HRP)

(Gaji Kadar Bulanan / 26) / Waktu kerja standard

RM4500 / 26 / 8= RM21.63



Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa

Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar

RM21.63 * 6.5 * 2.0 = RM450

| Waktu Operasi Semasa Cuti Umum

* Kadar 8 jam pertama 2.0 & Kadar selepas 8 jam 3.0
* Situasi:

Waktu kerja biasa Qaasyaf 8.30 pagi - 5.30 petang

Waktu kerja tambahan Qaasyaf 10 pagi - 8.30 malam

Jumlah Waktu Kerja Tambahan ialah 10 jam 30 minit = 10.5

Gaji pokok Qaasyaf RM4500

* Cara Kiraan
Langkah 1: Cari Gaji Kadar Sejam (HRP)

(Gaji Kadar Bulanan / 26) / Waktu kerja standard

RM4500 / 26 / 8= RM21.63



Langkah 2: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 8 Jam)

Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar

RM173.07 * 2.0 = RM346.15



Langkah 3: Kira Kerja Lebih Masa (Untuk 2.5 jam)

Gaji Kadar Sejam * Jumlah Jam Kerja Lebih Masa * Kadar

RM21.63 * 2.5 * 3.0 = RM162.25



Langkah 4: Kira Jumlah Kerja Lebih Masa

Langkah 2 + Langkah 3

RM346.15 + RM162.25 = RM508.40





