> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0 BM] Cara Untuk Kemaskini Borang TP3 Didalam Sistem MySyarikat

Berita baik! MySyarikat kini hadir dengan fungsi terbaru iaitu "\*\*Borang Cukai TP3" \*\* ianya merupakan borang maklumat berkaitan penggajian dengan majikan-majikan terdahulu dalam tahun semasa bagi tujuan Potongan Cukai Bulanan (PCB). Majikan perlu memastikan **Pekerja** memberikan maklumat yang tepat seperti pendapatan, tanggungan, dan potongan lain bagi mendapatkan maklumat penggajian dan potongan terkumpul daripada majikan terdahulu bagi mendapatkan kiraan PCB pada bulan semasa bagi pekerja baru yang didaftarkan didalam sistem MySyarikat. 

|| Makluman: 
1. Borang TP3 digunakan untuk pekerja baru dan masih perlu membayar PCB sahaja
2. Borang TP3 perlu dikemaskini terlebih dahulu sebelum proses penggajian dibuat didalam sistem MySyarikat

### Cara Untuk Mengemaskini Borang Cukai TP3 Didalam Sistem MySyarikat: 


Langkah 1: Klik Menu "Employee" 
Langkah 2: Klik "View" 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/screenshot-2026-09-20-214614_gm6om.png)
Langkah 3: Klik "Compensation" 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/3_ap91ze.png)
Langkah 4: G**erakkan skrin ke bawah** pada bahagian "Income Tax Details" dan klik "View" pada paparan "TP3 Form" 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/4_14iy3o9.png)
Langkah 5: Kemaskini jumlah gaji/elaun dan lain lain didalam Borang Cukai TP3 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/6_3rkszh.png)
Langkah 6: Klik "Simpan". Maklumat didalam borang telah direkodkan. 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/7_fd0r6b.png)
|| Info: Setelah selesai kemaskini borang TP3 ini dibuat, pihak Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource) boleh melakukan proses penggajian melalui sistem MySyarikat bagi pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi pekerja baru tersebut.  







