[Versi 3.0 BM] Cara Penetapan Cuti Pro Rata dan Pro Rata Kalkulator (Pro Rate Leave and Pro Rate Calculator)
- Untuk penetapan cuti pro-rata (Pro-rated leave) hanya boleh dilakukan melalui website sahaja.
- Pastikan butang pro-rata telah diaktifkan sebelum pendaftaran pekerja dibuat didalam sistem.
- Hanya pekerja yang baru didaftarkan di dalam sistem sahaja cuti mereka akan di pro rata secara automatik.
Untuk penetapan cuti pro-rata pada employee setting, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:
Langkah 1: Klik “System Setting”
Langkah 2: Klik “Leave”
Langkah 3: Pergi ke cuti tahunan “Annual Leave” dan klik “Update”
Langkah 4: Aktifkan butang “Pro-rated”
Langkah 5: Klik “Type of prorate” dan pilih “Type of prorate” yang digunakan oleh syarikat
- Earned leave : (Jumlah cuti tahunan/12bulan) * Jumlah baki bulan
- Daily (Full entitlement) : (Jumlah cuti tahunan/12bulan) * Jumlah baki bulan
- Monthly (Full entitlement) : (Jumlah hari bekerja/365hari) * Jumlah Cuti Tahunan
Langkah 6: Klik “Method of rounding” dan pilih “Method of rounding” yang digunakan oleh syarikat
Langkah 7: Klik “Save”
Anda telah selesai kemaskini cuti pro-rata didalam “System setting”!!!
Selain itu, pihak MySyarikat telah memperkenalkan fungsi baharu 'Pro Rata Kalkulator' yang disediakan di dalam tetapan System Setting > Annual Leave bagi memudahkan pengiraan cuti secara pro rata.
Nota: Fungsi ini hanya digunakan untuk tujuan pengiraan sahaja. Nilai yang dijana tidak akan dimasukkan secara automatik ke dalam leave policy staf.
Langkah 1: Klik pada menu System Setting.
Langkah 2: Di bahagian Setting, pilih Leave.
Langkah 3: Dalam seksyen Leave Policy, pilih cuti Annual Leave dan klik pada Details.
Langkah 4: Seterusnya, klik butang Pro Rate Calculator.
1. Cuti Terkumpul (Earned Leave)
Cuti diperoleh setiap bulan berdasarkan bilangan bulan bekerja yang telah lengkap.
Formula:
(Kelayakan Tahunan ÷ 12) × Bilangan Bulan Bekerja
Sesuai jika anda mahu cuti diperoleh secara progresif.
2. Harian (Kelayakan Penuh)
Kelayakan cuti dikira berdasarkan jumlah hari bekerja dalam setahun.
Formula:
(Kelayakan Tahunan ÷ 365) × Jumlah Hari Bekerja
Lebih tepat, terutamanya untuk kakitangan kontrak atau jangka pendek.
3. Bulanan (Kelayakan Penuh)
Kelayakan bulanan penuh diberikan tanpa mengambil kira tarikh mula bekerja dalam bulan tersebut.
Formula:
(Kelayakan Tahunan ÷ 12) × Baki Bulan
Sering digunakan apabila syarikat mahukan pengiraan bulanan yang lebih ringkas.
Di bawah Akta Kerja 1955 di Malaysia, tiada peruntukan khusus yang menyatakan kaedah pembundaran (decimal rounding) untuk cuti. Namun dalam amalan, kebanyakan syarikat memilih untuk membundarkan ke atas kepada hari penuh terdekat apabila nilai perpuluhan mencecah 0.5 atau lebih. Contohnya:
- 11.6667 hari → 12 hari
- 11.4 hari → 11 hari
Pendekatan ini memberikan keadilan dan konsistensi, terutamanya semasa mengira kelayakan cuti bagi pekerja baharu atau yang akan berhenti kerja.
Updated on: 19/06/2025
Thank you!