> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0 BM] Cara Penetapan Cuti Pro Rata dan Pro Rata Kalkulator (Pro Rate Leave and Pro Rate Calculator)

|| Note penting :

* Untuk penetapan cuti pro-rata (**Pro-rated leave**) hanya boleh dilakukan melalui website sahaja. 
* Pastikan butang pro-rata telah diaktifkan sebelum pendaftaran pekerja dibuat didalam sistem.
* Hanya pekerja yang baru didaftarkan di dalam sistem sahaja cuti mereka akan di pro rata secara automatik. 

Untuk penetapan **cuti pro-rata** pada employee setting, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

**Langkah 1:** Tekan **“System Setting”**
**Langkah 2:** Tekan **“Leave”**
**Langkah 3:** Pada bahagian **Leave Policy** terdapat pilihan cuti **Annual Leave**, tekan pada **“Details”**, kemudian tekan pada **“Update”**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/image_1xncfay.png)

**Langkah 4:** Aktifkan butang **“Pro-rated”**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/image_1tej908.png)

**Langkah 5:** Tekan pada (circle checked box) **Daily Entitlement** ataupun **Monthly Entitlement.**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/image_dp7b6z.png)

| Info : 
* Monthly (Full entitlement)) : (Jumlah cuti tahunan/12bulan) x Jumlah baki bulan
* Daily (Full entitlement) : (Jumlah hari bekerja/365hari) x Jumlah Cuti Tahunan


**Langkah 6:** Tekan **“Method of rounding”** dan pilih **“Method of rounding”** yang digunakan oleh syarikat
**Langkah 7:** Tekan **“Save”** setelah selesai.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/image_12wvd98.png)

**Anda telah selesai kemaskini cuti pro-rata didalam “System setting”**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/kemaskini-cuti-pro-rata-selesa_1eo5tuw.png)

| Cara pengiraan cuti pro rata: 

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/prorate-leave-calculation_1l3fx7.png)

---

| Pro-Rate Calculator

Selain itu, pihak MySyarikat telah memperkenalkan fungsi baharu 'Pro Rata Kalkulator' yang disediakan di dalam tetapan System Setting > Annual Leave  bagi memudahkan pengiraan cuti secara pro rata.

**Nota:** Fungsi ini hanya digunakan untuk tujuan pengiraan sahaja. Nilai yang dijana tidak akan dimasukkan secara automatik ke dalam leave policy staf.

**Langkah 1:** Klik pada menu **System Setting**. 
**Langkah 2**: Di bahagian Setting, pilih **Leave**. 
**Langkah 3:** Dalam seksyen Leave Policy, pilih cuti Annual Leave dan klik pada **Details**. 
**Langkah 4:** Seterusnya, klik butang **Pro Rate Calculator**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/image_cpkyjl.png)

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/-/b/f/d/5/bfd54186502de00/image_1tpyy2o.png)

|| Terdapat tiga jenis utama tetapan prorata yang digunakan untuk pengiraan kelayakan cuti:

**1. Cuti Terkumpul (Earned Leave)**
Cuti diperoleh setiap bulan berdasarkan bilangan bulan bekerja yang telah lengkap.

**Formula:**

(Kelayakan Tahunan ÷ 12) × Bilangan Bulan Bekerja

Sesuai jika anda mahu cuti diperoleh secara progresif.

**2. Harian (Kelayakan Penuh)**
Kelayakan cuti dikira berdasarkan jumlah hari bekerja dalam setahun.

**Formula:**

(Kelayakan Tahunan ÷ 365) × Jumlah Hari Bekerja

Lebih tepat, terutamanya untuk kakitangan kontrak atau jangka pendek.

**3. Bulanan (Kelayakan Penuh)**
Kelayakan bulanan penuh diberikan tanpa mengambil kira tarikh mula bekerja dalam bulan tersebut.

**Formula:**

(Kelayakan Tahunan ÷ 12) × Baki Bulan

Sering digunakan apabila syarikat mahukan pengiraan bulanan yang lebih ringkas.

---

|| Method Of Rounding:

Di bawah Akta Kerja 1955 di Malaysia, tiada peruntukan khusus yang menyatakan kaedah pembundaran (decimal rounding) untuk cuti. Namun dalam amalan, kebanyakan syarikat memilih untuk membundarkan ke atas kepada hari penuh terdekat apabila nilai perpuluhan mencecah 0.5 atau lebih. Contohnya:

* 11.6667 hari → 12 hari

* 11.4 hari → 11 hari

Pendekatan ini memberikan keadilan dan konsistensi, terutamanya semasa mengira kelayakan cuti bagi pekerja baharu atau yang akan berhenti kerja.

---