[Versi 3.0 BM] Cara Penetapan Carta Organisasi (Organization Chart Setup)

Untuk penetapan Carta Organisasi, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut :


Langkah 1 : Klik Organization Chart. Sistem akan memaparkan hierarki pekerja dalam syarikat secara visual. Susunan carta organisasi berdasarkan pekerja yang didaftarkan terlebih dahulu.


Langkah 2 : HR/Admin boleh klik ikon titk tiga untuk opsyen mencari dan memilih nama pekerja di bawah penyeliaan.

Langkah 3 : Klik Save. Sekiranya HR/Admin menukar atau menambah pekerja, sistem akan menunjukkan jumlah pekerja di bawah penyeliaanya.


Nota : Dari kiri ke kanan, fungsi ikon adalah seperti berikut :


  • Ikon panah ke atas ⏶ menandakan fungsi untuk mengecilkan atau mengembangkan semua cabang carta serentak.


  • Ikon X dalam kotak menandakan fungsi menetapkan semula paparan zoom ke keadaan asal.


  • Ikon bulatan dengan anak panah melengkung menunjukkan fungsi "fit to screen" iaitu menyelaraskan carta agar sesuai dalam paparan skrin.


  • Ikon penapis menandakan fungsi tapisan, HR/Admin boleh menapis carta mengikut jabatan, jawatan, atau nama.






Updated on: 06/06/2025

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!