> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] Bank File Pada Payroll (Payroll Bank File) Dalam Sistem MySyarikat


* Nota Penting Untuk Pihak HR/Admin:

1. Perlu diingatkan bahawa sistem MySyarikat tidak mempunyai fungsi pembayaran gaji terus ke akaun bank staf. Sistem MySyarikat hanya menyediakan Bank File untuk pihak HR/Admin upload dalam portal bank bagi tujuan bulk payment
  
2. Untuk pembayaran gaji ke dalam akaun bank staf, pihak HR/Admin perlu buat pembayaran secara online transfer
  
Untuk pembayaran gaji, sistem MySyarikat sediakan Bank File bagi Maybank, CIMB, Public Bank, Alliance Bank, Affin Bank, RHB Bank, Bank Islam & AmBank.  
  
Sekiranya menggunakan 8 bank di atas, pihak HR/Admin boleh muat turun bank file yang disediakan dan upload di dalam portal bank yang telah didaftarkan.  
  
Tetapi sekiranya tidak menggunakan 8 bank di atas atau belum mendaftar untuk fungsi payroll payment di Bank, pihak HR/Admin perlu transfer gaji kepada staff secara manual. Dan selepas berjaya transfer gaji, login semula di MySyarikat dan Click pada butang 'Close & Send Everyone Payslip' untuk membolehkan staff menerima payslip.  
  
Untuk dapatkan bank file dalam payroll, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:  
  
Langkah 1: Klik Payment  
Langkah 2: Klik Salary Payroll  
Langkah 3: Klik ikon mata pada payroll yang berstatus Approved atau Closed

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/screenshot-2024-12-05-125046_bkhvq2.png)
Langkah 4: Klik Payment & Close

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/screenshot-2024-11-26-105021_1mnasbs.png)
Langkah 5: Pilih bank yang dikehendaki  
Langkah 6: Klik pada ruangan Bank File Available untuk Download Bank File tersebut  
Langkah 7: Pada ruangan List Statutory, Download Bank File caruman untuk upload pada portal Caruman KWSP, PERKESO & PCB

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/screenshot-2024-11-26-105351_1h6sjiy.png)