> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Versi 3.0] Bank File Pada Payment Voucher (Payment Voucher Bank File) Dalam Website MySyarikat


1. Nota Tambahan Untuk Pihak HR/Admin:

* Perlu diingatkan bahawa sistem MySyarikat tidak mempunyai fungsi pembayaran gaji terus ke akaun bank staf. Sistem MySyarikat hanya menyediakan Bank File untuk pihak HR/Admin upload dalam portal bank bagi tujuan bulk payment

* Untuk pembayaran gaji ke dalam akaun bank staf, pihak HR/Admin perlu buat pembayaran secara online transfer

* Untuk pembayaran gaji, sistem MySyarikat sediakan Bank File bagi Maybank, CIMB, Public Bank, Alliance Bank Berhad, Affin Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Bank Islam.

* Sekiranya menggunakan 7 bank di atas, pihak HR/Admin boleh muat turun bank file yang disediakan dan upload di dalam portal bank yang telah didaftarkan.

* Tetapi sekiranya tidak menggunakan 4 bank di atas atau belum mendaftar untuk fungsi payroll payment di Bank, pihak HR/Admin perlu transfer gaji kepada staff secara manual. Dan selepas berjaya transfer gaji, login semula di MySyarikat dan Click pada butang 'Close & Send Everyone Payment' untuk membolehkan staff menerima slip Payment Voucher.

2. Cara Dapatkan Bank File Pada Payment Voucher Dalam Website MySyarikat
  
* Untuk dapatkan Bank File Pada Payment Voucher dalam website MySyarikat, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik Payment  
Langkah 2: Klik Payment Voucher  
Langkah 3: Klik ikon mata pada Payment Voucher berstatus Approved atau Closed yang dikehendaki

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/screenshot-2024-11-19-122958_jcyu33.png)
Langkah 4: Klik Payment & Close

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/screenshot-2024-11-19-123209_zdd9yp.png)
Langkah 5: Pilih bank yang dikehendaki