[MySyarikat] Cara memuat naik fail TXT dan membuat pembayaran dalam sistem e-PCB Plus.
Cara memuat naik fail TXT dan membuat pembayaran dalam sistem e-PCB Plus.
Langkah 1 : Login Masuk ke MyTax pada link berikut : https://mytax.hasil.gov.my/
Langkah 2 : Pilih Jenis Pengenalan dan Masukkan maklumat Pengenalan

Langkah 3 : Masukan Kata Laluan kemudian klik Log masuk.

Langkah 4 : Pada ruangan Pilihan Peranan, Pilih nama Syarikat
Langkah 5 : Setelah paparan Pilihan Peranan keluar, Klik pada Nama Majikan

Langkah 6 : Klik pada Perkhidmatan exHasil.
Langkah 7 : pilih e-PCB Plus.
Langkah 8 : Klik pada e-PCB Plus.

Langkah 9 : Pada ruangan Dasbboard e-PCB Plus, Pilih e-PCB Plus
Langkah 10 : Klik pada Muat Naik, Semak dan Bayar.

Langkah 11 : Diruangan Pilih Fail pada Muat Naik, Semak dan Bayar, Sila pilih jenis fail textfile format (.txt) atau zip file (.zip).
Langkah 12 : Kemudian klik Muat Naik / Semak Fail.

Langkah 13 : Pada ruangan Muat Naik / Semak Fail Teks, Klik pada Pilih Fail
Langkah 14 : Paparan File Manager akan muncul untuk membolehkan pemilihan Fail PCB yang telah dimuat turun daripada sistem MySyarikat sebelum dimuat naik, dan Kemudian klik pada Open.
Langkah 15 : Klik Muat Naik, Untuk muat naik fail yang dipilih.

Langkah 16 : Setelah fail berjaya dimuat naik, fail akan dipaparkan di Senarai Fail Dimuat Naik, dengan status keputusan BELUM DIUJI.
Langkah 17 : Kemudian klik Ikon Kertas untuk menyemak data.

Langkah 18 : Keputusan akan bertukar menjadi BEING PROCESSED. Seterusnya, klik “Refresh”

Langkah 19 : Sekiranya keputusan GAGAL, klik untuk Ikon Mata untuk melihat data.

Langkah 20 : Laporan Ujian Data PCB akan dipaparkan. Klik GAGAL untuk melihat maklumat.

Langkah 21 : Setelah klik pada keputusan GAGAL, Maklumat Ralat data akan dipaparkan di skrin. Klik Kembali untuk membuat pindaan pada ralat.

Langkah 22 : Untuk hapuskan fail dengan status keputusan GAGAL. Klik pada Ikon Tong Sampah untuk hapus fail.

Langkah 23 : Ulang Langkah 9 hingga Langkah 17 dan uji data semula selepas pindaan dibuat. Apabila keputusan LULUS klik Ikon Mata untuk ke paparan skrin Pengesahan.

Langkah 24 : Pada ruangan skrin Pengesahan Fail akan dipaparkan. Klik Pengesahan untuk ke skrin Maklumat Instrumen dan Penghantaran Data.

Langkah 25 : Skrin Maklumat Instrumen dan Penghantaran Data akan dipaparkan. Klik pada Bayaran untuk meneruskan pembayaran PCB.

Langkah 26 : Untuk pembayaran e-DATA PCB, Sila lengkapkan maklumat bayaran dan pilih Kaedah Bayaran.

Langkah 27 : Sekiranya “Kaedah Bayaran – FPX” dipilih, Klik Seterusnya dan paparan skrin Maklumat Bayaran akan dipaparkan, Kemudian klik pada Ikon FPX untuk membuat pembayaran PCB.

Langkah 28 : Sekiranya Kaedah Bayaran – Perkhidmatan Perbankan dipilih:
- Lengkapkan maklumat (Nama Penyedia Bayaran & No. Telefon)
- Sila pilih “Jenis Instrumen"
- Masukkan “Tarikh Instrumen"
- Klik “Seterusnya” untuk ke skrin “Pengesahan Slip Data”
- Klik “Simpan Maklumat Bayaran” untuk mencetak “Slip PCB – e-Data PCB"

Langkah 29 : Slip ini perlu dibawa ke bank bagi tujuan pembayaran PCB

Updated on: 09/06/2025
Thank you!
