> ## Knowledge Base Index
> Fetch the complete knowledge base index at: https://help.mysyarikat.com/sitemap.xml
> Use this file to discover available pages before exploring further.
> Pure-Markdown content can be obtained by appending a '.md' suffix to the content URLs listed in the sitemap (without the trailing slash).

# [Bank File BM] Cara Membuat Bayaran Gaji Pada BANK ISLAM

### Cara Buat Pembayaran Gaji Melalui BANK ISLAM

|| Nota Penting Untuk HR/Admin: Perlu diingat bahawa sistem MySyarikat tidak mempunyai fungsi membayar gaji terus ke akaun bank pekerja. Sistem MySyarikat hanya menyediakan Bank File untuk HR/Admin muat naik dalam portal bank bagi tujuan pembayaran pukal (bulk payment).
---

| Log masuk ke eBanker Pro (https://eBankerPro.bankislam.biz)

Langkah 1 : Log masuk menggunakan **Corporate ID** anda (MAKER). Seterusnya, klik butang **LOGIN**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_4q2wu7.png)
---

| Navigasi ke Perkhidmatan Pembayaran Korporat

Langkah 1: Klik pada **CORPORATE PAYMENT SERVICE**. 
Langkah 2: Klik pada **PAYROLL**.
Langkah 3: Klik butang **PAYROLL FILE UPLOAD**.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_bn8n8y.png)
---

| Masukkan maklumat dan butiran untuk setiap medan seperti dalam jadual di bawah. Setelah selesai, klik butang **Confirm**.

Langkah 1:  **From Account Dropdown List:** Senarai akaun anda yang didaftarkan dalam eBanker Pro.
Langkah 2:  **ID Validation:** Pilih **NO** ataupun **YES**.
* **NO**: eBanker Pro TIDAK akan menghantar MAKLUMAT PENGENALAN kepada bank rakan kongsi.
* **YES**: eBanker Pro akan menghantar MAKLUMAT PENGENALAN kepada bank rakan kongsi.
Langkah 3:  **Payment Date Calendar:** Sistem akan memproses berdasarkan tarikh yang dipilih, sama ada tarikh HARI INI atau tarikh MASA DEPAN.
Langkah 4:  **File Type:** Pilih **OLD FORMAT** ataupun **NEW FORMAT**.
* **OLD FORMAT:** Merujuk kepada format fail eBanker yang lama.
* **NEW FORMAT:** Merujuk kepada format fail eBanker Pro yang baru.
Langkah 5:  **File Batch Ref No:** Masukkan maklumat unik untuk rujukan (tanpa Space).
Langkah 6:  **File Upload:** Gunakan fungsi carian untuk mencari dan memuat naik fail.
Langkah 7:  **Email Notification:** Masukkan alamat e-mel untuk pemberitahuan.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1xiif19.png)
---

| Jika format fail adalah sah, eBanker Pro akan meneruskan ke halaman **Preview** seperti di bawah. Jika tidak, eBanker Pro akan memaparkan mesej ralat untuk anda membetulkan Templat Fail dan mengulangi proses sebelumnya. Jika anda ingin melihat butiran fail, anda boleh klik butang pautan **FILE BATCH REF NO**. dan untuk meneruskan, sila klik butang **SUBMIT.**

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_cxy4gw.png)
---

| Setelah klik butang pautan, semua butiran akan muncul seperti di bawah untuk anda sahkan. Klik butang **BACK** untuk kembali ke halaman sebelumnya.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_1g22c51.png)
---

| Setelah klik butang **SUBMIT**, eBanker Pro akan memaparkan mesej **BERJAYA** yang menyatakan bahawa transaksi telah dihantar ke tahap **CHECKER** untuk tindakan seterusnya.

![](https://storage.crisp.chat/users/helpdesk/website/bfd54186502de00/image_l57trp.png)
---